Taklimat Bomba
30 April 2010
- akan datang -
Read more...Kejohanan Sukan Tahunan SMK Lurah Bilut kali ke -26 telah diadakan pada 24 April 2010 bersamaan hari sabtu yang lalu. Kejohanan sukan tahunan ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengurus Felda Lurah Bilut. Didalam Kejohanan ini dua rekod kejohanan telah berjaya dipecahkan iaitu dalam acara 100m kategori LB dan acara Lompat Jauh juga dalam kategori LB.
Program Minggu Kemanusian telah diadakan pada 19 April hingga 23 April yang lalu. Objektif program ini diadakan adalah untuk membina daya keyakinan diri yang tinggi di kalangan pelajar disamping menyedarkan pelajar tentang kepentingan bekerja secara kolektif. Dengan adanya program ini diharap dapat memupuk nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia dikalangan pelajar.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program kemanusian ialah Permainan (Taharah) pendidikan Islam,Kuiz Geografi, Senamrobik (poco-poco), Pertandingan Melukis Poster, Pentomen sejarah (semasa pendudukan Jepun Ditanah Malaya) dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik minat pelajar untuk menyertai.
Minggu Sains dan Matematik diadakan pada bulan April pada setiap tahun. Ia bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang alam Sains dan Matematik. Antara aktiviti yang dijalankan selain daripada pameran Sains ialah Bijak Sifir, SUDOKU, IQ Test, Kuiz, Treasure Hunt, Dinotrek, Search A Word dan bermacam lagi.Aktiviti yang dijalankan ini dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dalam kedua-dua subjek ini.
Read more...MINGGU BAHASA sebagai aktiviti tahunan bertujuan menggalak dan memberi peluang kepada pelajar menggunakan bahasa indah dalam suasana autentik. Pelajar berpeluang mempamerkan bakat dan kemahiran bahasa yang dimiliki. Program ini juga dijalankan selaras dengan saranan meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah sebagai gedung pengetahuan.
Read more...Tema : " 1 Malaysia Membanteras Dadah"
Tarikh : 24-26 Mac 2010
Minggu Anti-Dadah merupakan salah satu program melibatkan pelajar anjuran KPM yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lain.
© Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP